Polaroid


BILAL DAN PENDERITAANNYA
Bilal r.a.hu adalah salah seorang
daripada sahabat-sahabat Nabi
Muhammad s.a.w. yang paling
terkenal. Dia merupakan
muazzin atau juru azan di Masjid
Nabi. Dia merupakan seorang
hamba Habshi yang dimiliki oleh
seorang kafir di Mekah.
Pengislamannya telah
menimbulkan kemarahan yang
tidak keruan didalam hati
pemiliknya. Dia pun diazabkan
tanpa perikemanusiaan.
Umayyah bin Khalaf, pemusuh
ISLAM yang terkemuka yang
memiliki Bilal akan
membaringkannya atas pasir
yang panas membakar serta
meletakkan batu besar diatas
dadanya sehingga ia tidak dapat
menggerakkan tulangnya yang
lapan kerat. Kemudian
berkatalah Umayyah kepada
Bilal:"Tinggalkanlah agamamu.
Kalau tidak matilah kamu dalam
kepanasan matahari yang
tegak."
Bilal menjawab dengan
berkata:"Ahad"-(Tuhan Yang
Esa)-"Ahad-(Tuhan Yang Esa)."
Pada waktu malam ia didera
dengan cemeti sehingga
badannya luka. Pada waktu
siang pula, dia dibaringkan
diatas pasir yang panas.
Tuannya berharap yang ia akan
meninggalkan agamanya atau
pun mati akibat luka-luka
dibadannya. Namun demikian
Bilal masih tetap dengan
pendiriannya yang teguh.
Umayyah, Abu Jahal dan
pengikut-pengikut mereka
menyiksa Bilal secara bergilir-
gilir. Akhirnya Abu Bakar telah
menebuskannya dan dari sejak
itu hiduplah ia sebagai seorang
Muslim yang bebas. Semenjak ia
dibebaskan, dia sentiasa
berdampingan dengan Nabi
Muhammad s.a.w. sehingga
Baginda s.a.w. wafat. Selepas
kewafatan Nabi Muhammad
s.a.w., Bilal pun meninggalkan
Kota Madinah.
Pada suatu ketika dia telah
melihat Nabi Muhammad s.a.w.
dalam mimpinya. Berkata Nabi
Muhammad s.a.w. kepada Bilal:
"Wahai Bilal, mengapakah kamu
tidak melawatku?"
Sebaik-baik sahaja dia bangun
dari tidurnya, dia pun bersiap-
siap untuk berangkat ke
Madinah. Setibanya dia dikota
itu dia telah berjumpa dengan
Hassan dan Hussain, cucunda
Nabi Muhammad s.a.w. Mereka
menyuruh dia
berazan.Permintaan orang yang
dicintainya itu tidak dapat
ditolak. Apabila suara Bilal
berkumandang diruang
angkasa Kota Madinah,
penduduk-penduduknya pun
tanpa segan dan silu
menghamburkan air mata
mereka kerana teringat zaman
keemasan yang telah mereka
lalui semasa hidupnya kekasih
mereka Nabi Muhammad s.a.w.
Sekali lagi Bilal telah
meninggalkan Kota Madinah dan
akhirnya meninggal dunia di
Damsyik pada tahun Hijiriah
yang ke dua puluh.